JAKARTA: Sebuah feri dari Batam ke Pekanbaru di Riau yang membawa lebih 200 penumpang karam dipercayai disebabkan cuaca buruk, pagi tadi.
Feri Dumai Express berkenaan dilaporkan karam jam 10 pagi waktu tempatan (0300 GMT) di Pulau Karimun, berhampiran Singapura.
“Feri berkenaan membawa 213 penumpang dan 13 anak kapal termasuk kaptennya.
“Ketika ini, ramai yang masih terapung di laut dan kami berusaha secepat mungkin untuk menyelamatkan mereka,” kata Ketua Pengarah Pengangkutan Laut Indonedia, Sunaryo, di sini.
Katanya, feri berkenaan karam disebabkan hujan lebat dan ombak besar yang mengukarkannya belayar.
“Saya tidak pasti berapa ramai yang masih hilang. Bot nelayan yang menyertai operasi menyelamat setakat ini sudah menyelamatkan 15 penumpang,” katanya.
Sunaryo bagaimanapun berkata, feri berkenaan tidak membawa muatan yang berlebihan. – AFP
source:berita harian (malaysia)



Leave a comment
Comments feed for this article